Khamis, 16 Jun 2011

untukmu Bapa...

Bapa tersayang,
Amin terlalu merindui bapa..
 
Amin ingin merasa seperti
kanak-kanak yang lain..
mengucup tangan, pipi dan dahimu..
berada dalam dakapan dan pelukan mesramu
Amin bayangkan pergi ke Masjid 
sambil berpegangan tangan
Denganmu bapa....

Tapi...
apalah daya Amin..
Allah lebih menyayangi bapa..
Hanya doa yang Amin panjatkan
Semoga roh bapa ditempatkan
Bersama-sama orang yang beriman...
Amin.

sebenarnya, mama yang tolong amin buat semua ini. amin ceritakan perasaan amin terhadap bapa pada mama. lalu mama gambarkan melalui puisi, lahirlah puisi khas untuk Arwah bapa amin. terima kasih mama sebab banyak menunjuk ajar dan membantu amin.

Tiada ulasan: